APRS-Automatic Position Reporting System MAP

26wpm on online cw

Sudah lah


Ini saya punya lama mana dalam hobi ini dan tidak ada kaitan dengan orang lain 2002 sampai sekarang. Hobi yang unik, merapatkan tali persaudaraan tak kira bangsa. Sekarang dah lain ada saja isu-isu yang menjadi ketidakpuasan hati. Sama ada ia benar atau tidak benar the best solution buat la muzakarah. Cari dimana silapnya. Sekarang imej sudah tercalar. Lama dan baru dah tak ada persefahaman. Akibat daripada perkara ini ia akan terbawak-bawak kemana saja. Sebabnya sekali perkataan itu keluar sama ada di mulut atau menulis susah nak di hilangkan. Jika benar anda ikutlah jika salah anda bersubahat dan bertalibarut. Jika perlu stop di sini berhentilah cari jalan penyelesaian. Orang lain melihat ikatan persaudaraan sudah mula tercalar. Orang mungkin suka "kah..kah..kah" dengan perkara ini dan ada yang tidak suka "tolonglah" mana pergi semangat itu. Jangan harap la aku akan pergi ke 7015 jika masalah ini berlarutan. Kalau perlu stop di sini ok cukup. Sebab makin lama makin berlarutan jalan penyelesaian tiada dek kerana pekara itu sengaja atau tidak sengaja. So please stop yang memulakannya cari la jalan untuk menyelesaikannya dan yang membaca, mendengar juga cari jalan penyelesaian. Kalau hobi ini tidak relevan lagi maka cari la hobi lain. Masa tidak akan menunggu kita lagi dan umur semakin tua.

Biarkan ia berlalu...


Salam semua, kita harus kembali ke pangkal jalan. Maafkanlah saja ia. Insyallah tak lama lagi ok la tu. Kadang-kadang kita ni melompat dengan dugaan dan cabaran. Tapi tak pa "cubaan". Hang tuah yang fail SPM pun dah study balik dekat sekolah Menengah Langkasuka. Doakan hang tuah berjaya.
Kemaafan di beri tanda persahabatan. Luka tu tetap luka la. Cuma hilang rasa hormat, respect dan sebagainya. Carila jalan yang benar untuk memulihan hati terluka. Tapi aku dah ok dah. Sbb dah banyak kali dah. Cuma kalau berjanji mesti pegang pada janji.
Selepas ini dimana rakan-rakan yang baru nak berlajar cw untuk buat reference. Itu tuan reference sudah tersalah cakap. Ehhh bukan aku la orang lain.
Tapi kalau yang berminat saya sanggup tolong setakat yang mampu ikhlas cakap. Yang penting "berminat". Jadi cari la semangat anda yang nak belaja cw tu supaya tak hilang. Anda cari cikgu atau guru yang anda suka dan jauhi guru yang salah. Sendiri buat baik dan sendiri buat salah. Jauhkan ia. Sebab dia sendiri pun dah tak betul.
Hari ini aku memaafkan engkau wahai tuan blog di sana. Cuma cari la macamana nak memulihkan rasa respect, hormat, tempat sumber ilmu tuan blog di sana kepada saya. Sekian...

Beri galakan kalau "berminat" jadi cikgu cw



Kenapa susah sangat menerima perubahan. Beri la galakan kalau dia atau sesiapa "berminat" untuk mengajar. Mengajar cw adalah mudah tak perlu banyak menggunakan pedagogi. Melainkan kalau ia menjadi cikgu sekolah di mana pedagogi pendidikan adalah perlu.

Sejauh mana sekali pun anda transmit jika ilmu yang di beri tidak gunakan ,ibarat curah air ke daun keladi. Pengalaman belajar cw adalah berbeza setiap orang yang mempelajarainya. Apa salahnya menjadi cikgu cw dan memberi ilmu yang di miliki kepada orang lain tanpa perlu ada pra syarat.
Jika kita susah menerima pendapat orang lain nescaya orang lain tidak akan mendengar pendapat kita. Mengajar menggunakan alat tertentu adalah sesuatu daripada pedagogi. Tak kiralah kalau ianya menggunakan suis sebagai key. Menggunakan komputer juga merupakan adalah satu kaedah pedagogi untuk mengajar cw. Sesuatu perkara yang mudah dan menyenangkan adalah perlu kerana manusia penuh dengan kesibukan. Kadang-kadang di timpa masalah-masalah lain. Credit perlu di berikan kepada meraka yang sudi untuk mengajar. "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima". Thankyou kepada cikgu2 aku yang mengajar aku.
Jika seseorang itu berkata "berminat" beri galakan jangan di kodemkan. Kadang-kadang perkataan berminat boleh di tafsirkan kepada perbuatan. Kadang-kadang rakan ini menunjukan minat dengan perbuatan contoh membuat kit DIY morse code yang mudah di dapati. Di situ kita tahu memang dia berminat. Disini kita perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka apa yang perlu di buat untuk memanjangkan lagi minat belajar cw ini. Jika kita tahu tak kira 9M2 ka atau 9W2 bahawa sesuatu pekara itu perlu tunjuk ajar, Maka ajarlah jangan pandai berkata-kata saja. Kelak pandai berkata-kata saja memakan diri. Di situ pengajar kepada sesuatu pekara itu adalah cikgu.
Di dalam hobi ini rakan yang belajar cw adalah rakan kita juga. Tak ada bezanya. Teruslah mengajar dan mengajar kepada mereka yang "berminat". Insyallah Allah akan membalasnya.

Apa criteria yang perlu ada pada 9m2



Kepada rakan yang sudi memberi pendapat dan cadangan sila beri pendapat dan padangan anda di ruangan "comment" post ini. Ini sekadar pendapat dan pandangan sahaja. Anda di nasihatkan tidak membabitkan nama atau rakan-rakan ham yang lain. Anda juga perlu berterus terang dengan menulis nama dan callsign anda supaya senang saya hubungi jika ada apa-apa berlaku selepas ini. Tujuan saya adalah untuk mengenalpasti apakah yang perlu di buat atau persediaan semasa menjadi 9M2's sebelum dan selepas menjadi 9M2's. Sekian 9W2RIE.








Comment here

Dia ikut aku.....berminat

Advantages of Morse

Although Morse may appear to be difficult to learn, it can bring many rewards. It is often found that it is much easier for a low powered ham radio station to make good contacts using Morse. For someone owning a more average station, not using huge antennas and high powers, Morse gives the opportunity of making contacts with distant stations, or getting through pileups that may not be possible of SSB were used. Even though there is now no requirement to learn Morse to gain access to the HF bands with a ham radio licence, in many countries today, it can bring many benefits in terms of the capability of the amateur radio stations. reference: ERT electronic+radio

Di Lema

NEWs:RAE Result 2009

Archivo del blog

Search Callsign Malaysia

Search For:

By Column:

Form

Borang Sumpah Menyimpan Rahsia
Borang Keahlian Astra
Borang Pemilihan Callsign Radio Amateur
Borang Permohonan Lesen Radio Amateur
Guideline Radio Amateur
Guideline Radio Amateur Ver 3 New
Standard Radio System Plan

Estidotmy

Radio Amatur Dan Komunikasi

Society

The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia
SCS Communication and Sport
Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society
Negeri Sembilan Amateur Radio Club
Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang
Perak Amateur Radio Transmitter's Society
Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua-Hala Selangor
Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society
Northern Johor MARTS
Persatuan Radio Amatur Selangor
Persatuan Kebajikan Sukan Rekreasi dan Radio Amatur Malaysia Selatan PARAS

My Blog List